Kepelbagaian permainan yang ditawarkan di pasaran telah memberi peluang kepada pemain untuk mencuba sesuatu yang baru. Setiap mobile games mempunyai garis masa permainan yang berbeza mengikut tahap kesukaran. Terdapat permainan yang memerlukan anda untuk menghabiskan beberapa jam lamanya untuk mencapai objektif.

Permainan yang mencabar selalunya didatangkan dengan jalan cerita yang panjang serta pelbagai tugasan yang perlu dilakukan. Jika anda sememangnya gemar dengan permainan yang mencabar, senarai pilihan mobile games ini pasti menguji kesabaran serta skill anda untuk menyelesaikan objektif yang disediakan.

1. Ark: Survival Evolved

mobile games

Pasti ramai yang pernah terbayang untuk menjalani kehidupan pada zaman prasejarah yang dipenuhi dengan dinosaur di sebuah pulau yang asing. Pemain berpeluang untuk merasai pengalaman hidup di zaman prasejarah melalui permainan Ark: Survival Evolved. Anda akan ditempatkan di sebuah pulau yang dihuni oleh pelbagai jenis dinosaur serta pemain daripada serata dunia.

Permainan ini akan menguji kemampuan anda untuk meneruskan ikthiar hidup daripada ancaman musuh dan dinosaur yang agresif di pulau yang luas ini. Sumber hasil hutan semakin berkurangan disebabkan oleh penghuni yang ramai. Anda pasti akan menghadapi kesukaran untuk meneruskan kehidupan dalam situasi yang tersepit.

Rumah atau pengkalan untuk penyimpanan stok turut mempunyai risiko untuk diserang oleh penghuni atau kumpulan lain. Oleh itu, anda perlu menyertai kumpulan atau berkawan dengan penghuni lain untuk menjaga keselamatan daripada ancaman luar.

Barang-barang kepunyaan anda boleh diambil oleh penghuni lain sekiranya anda sudah tumpas. Perkara ini semestinya menjadi mimpi ngeri buat pemain yang sudah bertungkus lumus mendapatkan senjata dan sumber yang penting apabila boleh diambil oleh pemain lain begitu sahaja. Anda boleh membuktikan kehebatan survival dengan memuat turun permainan ini secara percuma di Google Play Store dan App Store.

2. Identity V

mobile games

Permainan Identity V merupakan sebuah permainan seram yang dibangunkan oleh Syarikat NetEase. Permainan ini menawarkan pemain untuk merasai pengalaman dikurung oleh pemburu di dalam rumah yang besar. Anda akan dikelilingi oleh taman yang besar tanpa sebarang bantuan dari luar.

Tambahan pula, anda akan dipilih secara rawak sama ada untuk menjadi pemburu atau penyelamat di dalam permainan yang terdiri daripada 5 pemain. Objektif utama pemburu adalah memburu 4 penyelamat yang terperangkap di dalam rumah daripada melarikan diri melalui pintu pagar keluar. Pemburu mempunyai pelbagai kemampuan dan helah untuk menjejak penyelamat yang berada di merata tempat.

Jika anda bermain sebagai penyelamat, anda perlu berkerjasama dengan 3 ahli pasukan lain untuk unlock beberapa mesin cipher yang berada di dalam peta. Lokasi mesin cipher yang tidak diketahui akan menyukarkan penyelamat untuk mengesan mesin tersebut.

Setelah anda unlock setiap mesin cipher yang tersedia barulah pintu pagar akan terbuka untuk melepaskan diri dari tempat ini. Audio yang jelas serta grafik yang baik turut menambahkan lagi elemen seram sewaktu anda bermain. Corak permainan yang pantas memerlukan anda mempunyai tahap ketenangan dan fokus yang tinggi bagi menyelesaikan objektif permainan.

Walaupun anda dipilih menjadi pemburu atau penyelamat, anda pasti akan merasai sensasi debaran sewaktu memasuki permainan ini. Setiap permainan bakal memberikan pengalaman dan keputusan yang berbeza. Jika anda ingin merasai saat mendebarkan sewaktu diburu atau sebaliknya, boleh dapatkan mobile games ini di Google Play Store dan App Store.

3. Dead Effect 2

Screenshot_2021_07_06_14_59_58_60_7a4090f09f6554852d748ee9fd6f40d3

Dead Effect 2 merupakan sekuel daripada Dead Effect 1 yang mendapat sambutan hangat. Grafik yang sangat realistik serta penambahan konten dapat dilihat pada kali ini. Pada sekuel yang terbaru, anda bakal menjalankan misi di ruang galaksi dengan pelbagai rintangan daripada zombie, drones, anjing mutasi serta makhluk asing di dalam kapal angkasa yang terbengkalai.

Anda akan memainkan watak askar daripada bumi untuk mendapatkan bahan bukti yang terdapat di dalam kapal angkasa berkenaan. Eksperimen yang telah gagal menyebabkan virus merebak ke seluruh kapal. Setiap makhluk hidup yang terkena akan menjadi zombie yang buas. Tambahan pula, kapal yang sangat besar bakal menambah kesukaran untuk pemain mencari bahan bukti yang diperlukan.

Kapasiti peluru dan perubatan yang terhad memerlukan anda untuk membuat perancangan terlebih dahulu sebelum memasuki sektor baru. Anda perlu menyelesaikan teka-teki yang disediakan bagi meneruskan eksplorasi sementara bertahan daripada ancaman di dalam kapal. Terdapat pelbagai cara pertempuran yang boleh digunakan sewaktu menentang bilangan musuh yang banyak.

Suasana kapal yang suram turut menyumbangkan elemen seram sewaktu sedang melakukan eksplorasi. Setiap misi mempunyai kesukaran tersendiri yang pasti membuatkan anda ingin mencuba berulang-kali sehingga berjaya melepasi ke tingkat seterusnya.

Di samping itu, makhluk asing yang mempunyai pelbagai kemampuan seperti memanjat dinding kapal serta kepantasan untuk mengejar mangsa turut mengerunkan buat pemain. Kini anda boleh dapatkan mobile games ini secara percuma di Google Play Store dan App Store.

4. Real Racing 3

vocket-tech-mobile-games-real

Seterusnya, permainan Real Racing 3 merupakan sebuah permainan simulator perlumbaan yang menawarkan pengalaman realisitik. Pelbagai aspek yang perlu diambil kira sebelum anda benar-benar boleh memandu sesebuah kereta dengan betul. Setiap kesalahan kecil yang dibuat boleh mengakibatkan perbezaan beberapa saat yang bakal menentukan keputusan akhir pertandingan.

Lebih daripada 40 litar di 19 lokasi trek perlumbaan berdasarkan peta dunia sebenar yang boleh diterokai. Perbezaan ciri setiap kereta turut menambahkan lagi kesukaran buat pemain. Anda perlu mengetahui gaya pemanduan yang bersesuaian mengikut kemampuan kereta.

Tambahan pula, sebarang kemalangan boleh menggurangkan prestasi kereta sewaktu perlumbaan serta perlu dibaiki menggunakan wang virtual di dalam permainan. Ekonomi kewangan yang terhad turut boleh membantutkan anda untuk membuat sebarang penambahbaikan atau membeli kereta baru.

Di samping itu, tahap kesukaran akan bertambah apabila anda memenangi pertandingan perlumbaan kerana pihak pembangun akan menambah pemain yang berpengalaman di dalam pertandingan berikutnya. Maka, anda perlu menunjukkan pemanduan yang baik untuk menumpaskan pesaing lain.

Terdapat lebih daripada 4000 pertandingan perlumbaan yang disediakan termasuk Formula Grand Prix, Cup races, Eliminations dan Endurance challenges. Tambahan pula, setiap kategori memerlukan berlainan kereta serta cara permanduan yang berbeza. Jika anda suka permainan perlumbaan yang realistik, boleh dapatkan di Google Play Store dan App Store.

5. Frostborn: Action RPG

mobile games

Frostborn: Action RPG merupakan sebuah permainan survival co-ops pada era Viking. Pembangun permainan telah menggabungkan sejarah dan peradaban Viking yang asli ke dalam permainan ini. Anda boleh bergabung dengan pemain lain untuk membangunkan pengkalan yang kuat dan melawan makhluk mistikal atau zombie yang ada di sekitar kepulauan tersebut.

Terdapat pelbagai misi yang boleh disertai dengan nilai ganjaran yang banyak. Namun ia tidak semudah yang disangka, anda boleh diserang oleh kumpulan lain sewaktu membuat misi. Jika anda telah ditumpaskan, semua barang boleh diambil oleh pemain lain.

Hal ini dapat menambahkan cabaran kepada pemain-pemain untuk meneruskan kelangsungan hidup dengan lebih strategik. Senjata pula perlu sering dibaiki kerana ia mudah untuk rosak setelah digunakan.

Permainan ini tidak menyediakan kedai senjata atau alatan untuk mengumpul hasil hutan, jadi anda perlu menguruskan secara sistematik setiap hasil yang dikumpul dengan sebaiknya. Untuk pemain yang bermain secara berkumpulan lebih mudah untuk membahagikan tugasan berbanding pemain yang bergerak secara bersendirian.

Ketahanan senjata yang rendah menyukarkan anda untuk menyelesaikan misi atau mempertahankan diri. Pengumpulan sumber untuk kelangsungan hidup bukan sesuatu yang mudah kerana terdapat perebutan di antara kumpulan lain.

Maka, setiap pilihan yang dibuat oleh anda bakal memberi impak kepada kelangsungan hidup sewaktu bermain. Jika anda ingin mencuba permainan survival yang mencabar ini, boleh dapatkan di Google Play Store atau App Store.

6. League of Legends: Wild Rift

Screenshot_2021_07_06_16_09_38_03_7a4090f09f6554852d748ee9fd6f40d3

Permainan Wild Rift telah diadaptasikan daripada permainan MOBA yang popular di PC iaitu League of Legends. Permainan ini mempunyai jutaan pemain yang berada di seluruh dunia. Permainan yang sangat kompetitif turut mencabar kehebatan pemain untuk menjadi yang terbaik di dalam carta, malah anda berpeluang untuk menyertai pasukan profesional jika betul-betul berbakat.

Pelbagai barisan karakter atau lebih dikenali sebagai champion ditawarkan pada permainan ini. Dua pasukan terdiri daripada lima ahli pasukan akan berentap untuk mendapatkan objektif utama iaitu menghancurkan pengkalan musuh yang dikenali sebagai Nexus. Konsep permainan ini seperti anda bermain bola di mana terdapat posisi dan tugasan yang berbeza untuk setiap ahli pasukan.

Satu kesalahan yang dilakukan boleh mengakibatkan pasukan anda ketinggalan di dalam ekonomi permainan serta pengkalan akan diserang habis-habisan oleh pihak musuh.

Tambahan pula, anda perlu mengetahui setiap gerak-geri dan kuasa champion supaya boleh membaca serangan yang bakal dilakukan. Pemain juga perlu bertempur dengan pihak musuh daripada mendapatkan wang dan level.

Kebiasaannya permainan ini akan berlarutan sehingga lebih daripada 30 minit kerana perlawanan yang sengit daripada kedua-dua belah pihak. Pelbagai kemungkinan boleh berlaku sewaktu permainan sedang berlangsung.

Anda akan mengambil masa yang lama untuk memahami setiap champion dan mekanik permainan yang sukar sekiranya tidak pernah bermain versi PC sebelum ini. Anda boleh dapatkan permainan League of Legends: Wild Rift secara percuma di Google Play Store dan App Store.

7. Opsu!

Screenshot_2021_07_06_15_03_37_93_7a4090f09f6554852d748ee9fd6f40d3

Akhir sekali, permainan irama muzik yang dibangunkan oleh peminat permainan muzik sendiri. Walaupun tidak didatangkan dengan grafik yang tinggi, mekanik permainan ini menjadi tarikan buat pemain di luar sana. Setiap lagu yang disertakan mempunyai tahap kesukaran yang berlainan.

Lebih menarik, antara muka permainan ini sangat intuitif memudahkan pemain untuk menyemak lagu yang ingin dimainkan. Cara untuk bermain game ini adalah dengan menekan setiap nombor dan corak. Walaupun ia kelihatan seperti tugas yang mudah, anda memerlukan ketangkasan dan ketepatan untuk mengikut tempo yang ditetapkan.

Markah anda akan dikira melalu prestasi permainan yang ditunjukkan. Tambahan pula, anda hanya boleh merasai keseronokan bermain apabila sudah mahir melalui praktis yang dilakukan secara berterusan. Kehadiran carta keputusan pada setiap tingkat pasti membuatkan anda tercabar untuk memecah rekod yang baru.

Setiap pemain akan bertanding antara satu sama lain untuk mendapatkan tempat pertama di dalam carta dunia. Terdapat pelbagai tingkat dan tema yang boleh dimuat turun yang tersedia di internet. Fungsi pen tablet juga disediakan untuk pemain yang menghadapi masalah jari yang berpeluh. Anda boleh dapatkan mobile games ini secara percuma di Google Play Store dan App Store.

Setiap permainan ini akan menawarkan pelbagai pengalaman permainan yang berlainan serta menguji kemampuan untuk menyiapkan tugasan yang disediakan. Anda pasti akan merasa keseronokan setelah menyelesaikan segala misi yang mencabar tersebut.

Sementara itu, anda mungkin berminat untuk mengetahui permainan telefon pintar percuma yang lebih kasual untuk menghilangkan bosan semasa PKP.

7 Game Telefon Pintar Percuma Yang Boleh Anda Cuba Untuk Hilangkan Bosan Semasa PKP

5 Pilihan Aplikasi Belajar Untuk Anak Pra-Sekolah Terokai Sepanjang PKP

5 Aplikasi iPad Untuk Pastikan Kerja Anda Lebih Teratur Dan Produktif